BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

adik cuma tanya je ibu

Saturday, August 14, 2010

KECELARUAN GENDER

OLEH: MOHD YUSRIZUL BIN ABDULLAH

PENGENALAN

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.
Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.Kecelaruan gender ini terbahagi kepada dua kategori iaitu golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang perempuan.Golongan digelar sebagai pondan dan beberapa istilah lain.Manakala golongan individu yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar sebagai pengkid.
NORAZIZAH MOHD AWAL (2005) Merumuskan transeksual ialah lelaki atau Merumuskan transeksual ialah lelaki atau perempuan yang berkeinginan memakai perempuan yang berkeinginan memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian silangan iaitu lelaki suka memakai pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari pakaian perempuan atau sebaliknya dan dari segi keinginan seksnya berkeinginan kepada segi keinginan seksnya berkeinginan kepada jantina yang berlawanan dengan jantinanya jantina yang berlawanan dengan jantinanya sendiri

PONDAN

Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identiti mereka. Mereka ini adalah lelaki lembut yang lebih dikenali di kalangan kehidupan masyarakat umum dengan istilah ‘mak nyah’, ‘pondan’, ‘bapok’ dan ‘adik”. Mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai
wanita (Wan Halim Othman: 1987).

Allah SWT menjadikan watak seorang lelaki dengan mempunyai tingkahlaku yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat lemah lembut. Lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Secara umumnya, mereka diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki .Ia dinyatakan dalam firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana
orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang
soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan
pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuanperempuan
Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka
berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga
mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang
bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan
mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar”
(Surah al-Nisa’: 34)

Definisi

Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita.Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual"

Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga diterima masuk ke Malaysia dengan dapat disekat proses perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu (Maesarah Ab. Rahim: 2004).


Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina.Seseorang itu akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.
Seseorang itu akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya secara tersembunyi, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.

Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka.Sebagai contoh, mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.

CIRI-CIRI PONDAN

Seseorang lelaki itu boleh diklasifikasikan sebagai pondan berdasarkan 3 ciri umum tersebut iaitu kelakuan,kegiatan dan cara berpakaian.
Berdasarkan ciri pertama iaitu kelakuan, seeorang lelaki itu percakapannya akan menjadi lemah lembut seperti perempuan.Dia juga akan menjadi terlalu sensitif. selain itu lelaki seperti juaga kerap ke tandas untuk menambahkan mekap dia cukup teliti dalam penjagaan wajah dan kulit.
Seterusnya ciri yang kedua iaitu kegiatan golongan ini.Golongan ini akan bergerak dalam kumpulan yang sama.Selain itu golongan ini juga berkawan rapat dengan perempuan.
Ciri terakhir ialah cara berpakaian golongan ini.Mereka gemar untuk mengunakan pakaian yang menampakkan ciri keperempuanan dan suka bersolek.Ada juga dalam kalangan mereka mengunakan pakaian wanita dan pakaian dalaman wanita.

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan

Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pondan ini.Faktor pertama ialah pengaruh media.Hal ini kerana, industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak pondan sehingga diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat.Oleh itu,ramai masyarakat yang berpewatakan lembut berani mencuba menjadi pondan.
Faktor kedua ialah kurang didikan agama.Agama teruatama nya islam telah melarang sekeras-kerasnya akan gejala yang menukar jantina seperti ini.Seseorang itu dianggap tidak bersyukur di atas ciptaan Maha Pencipta iaitu Allah swt.
Faktor seterusnya ialah faktor biologi .Kemungkinan seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan.Oleh itu,perwatakan perempuan akan lebih menonjol dalam diri individu itu daripada perwatakan lelaki.
Faktor berikut telah menjadi kebiasaan didengar iaitu pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan faktor yang paling senang menyumbang akan gejala ini.Seseorang individu itu akan mengikut rakan nya perperlakuan seperti wanita.Rakan sebaya juga merupakan kumpulan yang paling rapat dengan individu itu selepas keluarga individu sendiri.Oleh itu,seseoarang individu itu akan mudah mempercaya akan kata-kata dan ajakan rakannya.
Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gejala pondan ini ialah tekanan sosial dan naluri yang berbeza dengan fizikal.


Pengkid

Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri- ciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’.


Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala pengkid

Faktor Kromosom

Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin terdapat kekeliruan dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di dalam bidang perubatan terdapat segelintir anak perempuan mempunyai kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki. Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu wanita, golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya dengan pasangan. Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi kecenderungannya lebih kepada sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik dalam diri.


Faktor Persekitaran

Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, akan menggalakkan budayapengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia yang ditayangkan di Malaysia, menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki bernama Ruben menjadi tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan masyarakat. Penyuburan budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah kerana mengubah kejadian fitrah diri manusia.

Faktor Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja. Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak- anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak- anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki, maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza.

Faktor Masyarakat

Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti . Masyarakat hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis sahaja. Sebenarnya perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat hanya akan menyisihkan sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini akan menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan seseorang yang berperilaku aneh.



KESIMPULAN

Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.



HIV/AIDS

OLEH : NABILA BT HAMDAN

APA ITU AIDS?

Pada masa kini, fenomena penyakit AIDS seringkali kita dengari dimedia-media cetak mahupun elektronik yang telah banyak meragut nyawa manusia samada berpunca dari kesilapan diri sendiri ataupun dunia teknologi secara sengaja atau tidak sengaja. Situasi kes HIV/AIDS di Malaysia sehingga tahun 2008 adalah sebanyak 3,692 (Kes HIV), 941 (Kes AIDS) dan kes kematian AIDS adalah sebanyak 900. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS ini menyukarkan lagi usaha untuk membendungnya. Penyakit AIDS ini juga berkaitan dengan HIV. Sebagaimana yang anda semua tahu, HIV ialah singkatan bagi “ Human Immunodeficieny Virus “ iaitu sejenis virus daripada kumpulan retro virus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan. HIV Positif pula ialah seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit serta boleh merebak kepada orang lain. Individu ini digelar pembawa HIV di mana mereka kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa untuk satu jangkamasa yang panjang antara lima hingga sepuluh tahun. AIDS pula ialah “ Acquired Immune Deficiency Syndrome ” iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit di mana ia merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV yang akan melumpuhkan keupayaan semulajadi badan untuk melawan penyakit.


TANDA-TANDA / GEJALA AIDS

Antara tanda-tanda atau simptom bagi jangkitan HIV/AIDS ialah penurunan berat badan seseorang itu melebihi 10% tanpa sebab tertentu , cirit-birit yang berlarutan, demam yang kerap dan berpanjangan , batuk-batuk yang berterusan, penyakit kandisiasis iaitu sejenis kulat dibahagian mulut, barah kulit atau penyakit “Herpis Simplex” iaitu sejenis kayap yang mana ianya akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan seterusnya akan menyebabkan kayap itu merebak dan berulangan. Selain itu, terdapat juga gejala-gejala lain seperti jangkitan paru-paru, kelesuan badan yang berlanjutan, bengkak-bengkak kalenjar dileher, ketiak atau pangkal peha. Tanda-tanda simptom awal ini berlaku juga semasa jangkitan virus lain kerana tanda-tanda ini kadangkala hilang dengan mudahnya. Ia membuatkan ramai yang tidak mengendahkan dan menganggapnya sebagai penyakit biasa. Dengan itu, satu-satunya cara untuk mendapatkan kepastian adalah dengan menjalankan Ujian Antibodi HIV/AIDS terutamanya jika seseorang itu telah melakukan sesuatu yang berisiko untuk dijangkiti HIV/AIDS. Sebagai contoh bagi pasangan yang hendak berkahwin hendaklah membuat Ujian HIV/AIDS terlebih dahulu.


Tanda-tanda jangkitan HIV/AIDS


CARA MEREBAK

Untuk pengetahuan anda, HIV/AIDS hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuklah darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dan dalam tulang belakang dan otak. Virus HIV/AIDS ini juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan. Virus HIV/AIDS ini boleh dipindahkan atau dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti pelacur atau membuat hubungan dengan ramai pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka. Selain itu, menerima darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan. Juga terdapat kes-kes yang pernah kita dengar sebelum ini di mana mangsa kemalangan yang memerlukan darah telah dijangkiti HIV secara tidak sengaja apabila darah yang mereka terima itu adalah darah yang telah dicemari HIV. Di sini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan dan apakah yang akan berlaku kepada penerima tersebut dari segi kesihatan dan kehidupannya pada masa akan datang gara-gara kecuaian pihak hospital?


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Dengan itu, bagi mengawal daripada berleluasanya virus HIV/AIDS ini kita hendaklah mengetahui akan cara-cara untuk mencegahnya. Antara langkah-langkah pencegahannya ialah jangan melakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan tidak tahu akan status kesihatannya. Bersifat setia terhadap pasangan anda. Gunakanlah kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV. Tidak menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari. Yang penting amalkanlah cara hidup yang sihat. Bagi ibu yang telah dijangkiti HIV, juga memberi risiko terhadap anaknya semasa kehamilan, melahirkan dan memberikan susu badan. Kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka. Bagi mengurangkan risiko ini, pengambilan ubat Anti-HIV seperti AZT perlu supaya bayi tersebut bebas daripada HIV. Gadis- gadis remaja kini juga amat terdedah kepada jangkitan HIV kerana status sosial yang rendah menyebabkan mereka mudah tewas kepada punca jangkitan . bagi mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas juga patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. Untuk pengetahuan anda, seseorang itu tidak dijangkiti HIV/AIDS melalui berpegangan tangan dan bersalaman, berkongsi kemudahan awam seperti telefon dan tandas awam. Juga tidak berjangkit jika kita berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu mahupun melalui makanan. Ciuman atau berpelukan, pergaulan di sekolah atau tempat kerja,berkongsi buku, gigitan serangga seperti nyamuk atau kutu juga tidak akan berjangkit. Antara panduan pencegahan yang perlu dititik beratkan ialah mendidik anak dengan ilmu agama terutamanya bagi umat Islam. Ibu bapa pula perlulah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Hiburan yang melalaikan juga harus dijauhi supaya kita tidak terleka dan seterusnya boleh menjerumus ke arah keburukan. Peranan pemimpin masyarakat juga perlu untuk membendung penularan kes ini serta kerjasama semua pihak amat penting bagi membantu pesakit-pesakit ini sekaligus dapat memberikan mereka galakan dan sokongan untuk meneruskan hidup mereka. Teruskanlah berdoa kepada Allah, agar kita semua dipelihara daripada segala kesusahan, penderitaan dan bencana.

Beginilah keadaan pesakit AIDS yang terlantar menderita

PENGARUH BUDAYA BARAT


OLEH : NURULHANA BINTI MIYOR MOKHTAR



Dewasa ini kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban mulia, sedikit demi sedikit mulai mengikuti kebudayaan barat.



ASPEK BUDAYA PEMAKAIAN

Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini banyak dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita. Corak pemakaian remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok mata malahan tidak menghargai keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh wanita yang seharusnya ditutupi tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata memandang. Daripada pemikiran barat pemikiran barat yang mengacu kepada kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan berekspresi membuat kita menjadi ikutan. Sebagai contoh corak pemakaian artis artis tempatan yang telah dahulunya mengikuti busana daripada barat kini menjadi ikutan remaja kini. Kebanyakan gaya fesyen kini lebih menonjolkan bentuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan yang terselah. Budaya pemakaian yang tidak sopan ini juga bukan sahaja melanda remaja wanita malahan turut serta pada belia lelaki kini.




"CLUBBING"

Selain daripada itu juga aktiviti "Clubbing" atau kelab malam juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang dipengaruhi daripada budaya barat. Istilah "Clubbing" diertikan sebagai satu dunia malam yang penuh dengan kebebasan. Ekspresif moden, teknologi, konsumeristik dan metropolis yang menjanjikan segala bentuk kegembiraan. Aktiviti "Clubbing" ini antara aktiviti yang menjadi pilihan remaja masa kini juga daripada golongan dewasa yang mahukan kepuasan dan kebebasan dalam hidup mereka. dan golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti "Clubbing" ini adalah golongan remaja yang kebanyakannya tinggal di bandar-bandar dan sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat metropolitan. Aktiviti "Clubbing" sinonim dengan muzik, arak, dadah dan sebagainya. Kebiasaannya pemilik "Clubbing" bukan hanya menawarkan hiburan pada muzik sahaja, tetapi menjadi tempat saluran penjualan dadah serta menawarkan perkhidmatan seks bagi golongan kelas rendah dan tinggi.

Faktor- faktor yang mempengaruhi aktiviti "Clubbing" :

a) Kurang pengawasan daripada ibu bapa. Pengawasan ibu bapa terhadap anak- anak adalah penting bagi memastikan anak-anak remaja kini tidak cenderung memilih aktiviti-aktiviti sosial yang negatif.


b) Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor remaja kini cenderung memilih “Clubbing” sebagai aktiviti sosial nagetif pilihan mereka.


c) Pusat Clubbing menawarkan aktiviti-aktiviti yang ekstrem seperti seks, arak, dadah dan sebagainya yang menjadi pilihan golongan remaja dan dewasa.



BLACK METAL

Aktiviti Black metal ini merupakan gejala atau aktiviti sosial nagetif yang membawa kepada pemujaan syaitan dan Black metal ini diasaskan di barat dan terkenal dengan muzik berentak keras, unsur lirik kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang di mainkan oleh mereka ialah berunsurkan menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Selain daripada itu juga kumpulan ini menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.

Kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk tatu salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Selain daripada itu juga ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.

Remaja belia kini dilihat sudah hilang arah pegangan agama mereka. Mereka mengaggap aliran kepercayaan Black metal ini adalah bebas dan mereka lebih berkuasa daripada segalanya. Kerosakan pemikiran dan jiwa remaja kini membawa kepada kehancuran budaya ketimuran kita kini justeru membawa kepada kehancuran Negara.

Didikan agama penting bagi membendung aktiviti Black metal yang semakin meluas kini. Selain daripada itu kerajaan perlu mengambil langkah bagi membendung gejala ini terus merosakkan remaja kita kini. Selain daripada kempen kesedaran, faktor pendidikan, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan. Pemahaman mengenai gejala ini serta kesannya perlu dihebahkan kepada masyarakat kini.



PUNK

Budaya Punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock Punk. Budaya Punk ini bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja timur. Pengaruh Punk ini telah tersebar ke seluruh dunia dan sejak daripada itu ia terus berkembang dan menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, goth, emo, pub punk dan sebagainya. Budaya ini kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah.

Budaya Punk mendedahkan budaya fesyen, muzik dan budaya terhadap rock dan roll, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Remaja juga menolak cinta dan keamanan dan kebanyakan daripada mereka mengambil dadah serta menghidu gam. Kumpulan –kumpulan Punk di negara Malaysia amat sinonim dengan kegiatan jenayah seperti rogol dan sebagainya. Namun begitu budaya ini mula dipecahkan kepada sub budaya yang lain seperti Hardcore Punk yang amat popular di Amerika. Budaya Punk ini juga mempopularkan Rock alternative dan Budaya Indie yang amat popular di negara Malaysia.

Golongan-golongan Punk memperkenalkan jenis-jenis pakaian seperti pakaian yang dikoyak, boot doc martens, pakaian serba hitam, seluar ketat, rambut fesyen Mohawk, stail terpacak dan rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Pada suatu ketika, golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru gambar di Landon disebabkan fesyen dan kelakuan mereka. Faktor ini juga menyebabakan remaja kini lebih tertarik dengan budaya ini.

Secara kesimpulannya, Berbagai krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. Remaja yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi.ternyata pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya nagetif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan genarasi akan datang.

Serangkap pantun untuk mengakhiri mesej yang disampaikan.


Agama Islam jadi pegangan,
Tersebar luas ke seluruh dunia,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah bangsa kerana budaya.