1. Pengenalan
Satu gejala sosial yang popular di Negara kita Malaysia ialah gejala rempit. Isu rempit ini bukanlah asing bagi masyarakat kita lagi, memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di Negara ini. Gejala ini telah merungkai banyak faktor kepada terjadinya gejala negatif lain seperti peragut, penagih dadah, perogol dan sebagainya. Secara tidak langsung gejala ini telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat terhadap mat rempit. Lebih malang lagi, golongan remaja dan di bawah umur terlibat sama dengan gejala yang tidak berfaedah ini. Namun begitu, golongan wanita juga tidak ketinggalan untuk terjurumus dalam gejala ini sehingga mereka mendapat gelaran sebagai minah rempit. Walaupun kita menganggap mat rempit ini sering berlumba haram di jalan raya, namun mereka juga sering melakukan aksi-aksi yang merbahaya di jalan raya. Istilah ‘wheelie’ dan ‘weecame’ dan pelbagai lagi adalah sebahagian istilah yang digunakan oleh mat rempit bagi aksi-aksi merbahaya yang sangat popular dikalangan mereka. Perlakuan sebegini bukan sahaja mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka malah ia menjadi serius apabila pengguna jalan raya yang tidak berdosa turut menjadi mangsa. Persoalan yang timbul di sini apakah yang ingin dicari oleh mereka dengan melibatkan diri mereka dalam gejala yang tidak berfaedah ini? Pelbagai punca yang telah dikenal pasti dan langkah pencegahan bagi menangani masalah gejala rempit ini.
2. Punca/faktor
Punca yang telah dikenal pasti yang telah mempengaruhi remaja terjurumus dalam gejala rempit ini ialah perasaan ingin mencuba. Jiwa yang bergolak tidak dapat dinafikan lagi apabila ia dikaitkan dengan remaja yang sedang meningkat dewasa. Dengan perasaan sebegini mereka mudah terjebak secara tidak langsung dengan gejala rempit ini. Tidak hairanlah jika ramai remaja terlibat dalam gejala ini.
Namun perasaan ingin mencuba ini sedikit sebanyak telah didorong oleh pengaruh rakan sebaya. Sudah menjadi hakikat bahawa remaja yang hidup berkelompok amat kuat pengaruhnya antara individu remaja tersebut. Pergaulan mereka dari hari ke hari akan menjadi menjadi semakin rapat dan ini secara tidak langsung memudahkan individu remaja itu untuk meniru gaya atau lagak rakan mereka khususnya gaya atau lagak yang negative seperti merempit. Tidak hairanlah jika kita dapat saksikan mereka yang merempit begitu ramai sehinggakan apabila mereka berkumpul kita dapat lihat seperti ada majlis yang sedang di adakan.
Selain itu juga, pengaruh rakan ini boleh dikaitkan dengan punca lain iaitu mendapat cabaran. Bagi mat rempit, mereka mudah menyahut cabaran rakan mereka untuk berlumba, melakukan aksi merbahaya, lakukan jenayah dan pelbagai lagi. Walaupun mereka bahawa merea terdedah kepada bahaya yang bakal menimpa mereka, tetapi perasaan ingin mendapat tumpuan dan pujian mereka sanggup mengenepikan bahaya yang menimpa mereka.
Punca yang seterusnya ialah keprihatinan keluarga. Mereka yang telah terjerumus dalam gejala merempit ini tiada kawalan keluarga atau prihatin daripada keluarga. Ibu bapa yang sibuk bekerja, adik-beradik yang sibuk dengan hal sendiri menyebabkan tiada tumpuan ke atas mereka seterusnya mereka melibatkan diri mereka untuk merempit. Masalah keluarga juga tidak ketinggalan menjadi faktor kepada remaja terjerumus dalam gejala rempit seperti kurangnya mendapat kasih sayang daripada keluarga.
Punca yang lain pula ialah gaya hidup yang terlalu bersosial dan taraf pendidikan yang rendah. Ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak dapat membezakan perbuatan yang baik dan buruk seterusnya tidak boleh memikirkan kesan yang akan menimpa ke atas mereka. Pengaruh filem atau cerita juga antara punca yang menyebabkan ramai remaja melibatkan diri mereka dalam gejala rempit. Mereka beranggapan bahawa mereka disanjung apabila satu pembikinan filem yang menceritakan gaya hidup mat rempit seperti filem REMP-IT.
Satu lagi punca yang patut dipertengahkan iaitu faktor pekerjaan. Sebahagian besar mat rempit kerjanya ialah sebagai mat dispatch dan mekanik. Sebagai contoh mat dispatch yang menggunakan motorsikal sebagai kenderaan untuk mereka bergerak melakukan pekerjaan. Kebiasaan mereka menggunakan motorsikal ini menyebabkan mereka bolah membuat pelbagai aksi. Begitu juga dengan mekanik dimana mereka lebih mengetahui struktur rekaan sesbuah motorsikal. Mereka boleh mencipta, memperbaharui, mengubahsuai mengikut citarasa mereka. Seperti contoh dalam pembikinan peningkatan kelajuan motorsikal tersebut seterusnya mendorong mereka untuk berlumba haram.
3. Langkah
Bagi menangani gejala mat rempit, pelbagai saranan dan langkah dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membentuk akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana ia tidak mendapat sokongan ibu bapa serta masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya. Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya.
Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram khususnya dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.
4. Kesimpulan
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.
1 comments:
As reported by Stanford Medical, It is indeed the one and ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh 42 lbs less than we do.
(And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to "how" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...
CLICK on this link to see if this brief test can help you release your real weight loss potential
Post a Comment