BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

adik cuma tanya je ibu

Sunday, August 15, 2010

BULI DI KALANGAN PELAJAR MASA KINI

OLEH : NUR HAFIZOH BINTI ISMAIL

Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun mengapa masih timbulnya isu-isu berkaitan buli, samseng mahupun gangsterisme di kalangan pelajar masa kini. Hal ini terbukti dengan tersebarnya berita-berita yang hangat terpampang di dada akhbar mahupun media elektronik dengan terbongkarnya satu demi satu kegiatan buli pelajar di sekolah. Bukan itu sahaja, kes-kes pembulian di kalangan pelajar sekolah seakan satu pesta yang berleluasa di Malaysia pada hari ini dengan menjadi salah satu tradisi turun-temurun terutamanya pembulian di kalangan pelajar asrama. Buli ini tidak semestinya hanya di kalangan pelajar lelaki tetapi juga berlaku di kalangan pelajar perempuan. Malah pelajar perempuan masa kini tiada lagi memikirkan adab dan sopan-santun tetapi lebih bermegah diri dengan menunjukkan aksi-aksi samseng dalam membuli pelajar yang lemah. Selalunya pelajar-pelajar senior dari tingkatan empat hingga tingkatan enam lebih cenderung dalam melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan ini.

Lazimnya mereka melakukan buli dalam banyak aspek seperti menyuruh pelajar junior melakukan sesuatu pekerjaan untuk mereka dengan erti kata lain mengugut sekiranya kerja tersebut tidak dilakukan. Selain itu, bagi mereka pelajar-pelajar junior yang membuat kesalahan atau disyaki bersalah seperti mencuri, menghisap rokok, ponteng dan sebagainya tidak perlu dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama tetapi harus diadili di hadapan 'mahkamah' pelajar senior terlebih dahulu untuk diambil tindakan dan dijatuhi hukuman yang bersesuaian. Semestinya masyarakat sedia maklum hukuman dan tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah dan ada yang sampai menemui ajal. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi malah merupakan satu kesalahan yang sukar untuk dimaafkan kerana tindakan yang diambil oleh mereka itu telah menyalahi undang-undang berpandukan tatatertib sekolah. Sepatutnya, pelajar yang membuat kesalahan perlulah terus dihadapkan kepada lembaga disiplin sekolah atau asrama kerana tatatertib akan diambil mengikut kesalahan dan prosedur yang sepatutnya.

Kebanyakan kes-kes pembulian yang berlaku di sekolah tidak pernah mengenal sama ada pelajar-pelajar tersebut membuat kesilapan atau disyaki membuat kesalahan itu berada dalam keadaan benar ataupun tidak. Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada pelajar junior dengan melakukan pukulan, sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya. Di samping itu, kata-kata lumrah yang sering digunakan semasa memukul pelajar adalah dengan memaki hamun pelajar yang membuat kesalahan dengan kata-kata kesat dan mengkategorikan apa yang dilalui mereka itu jauh lebih ringan daripada mereka (senior) terdahulu. Antaranya: "Aku ni kira baiklah belasah kau perlahan, dulu aku kena belasah lagi teruk". Lafaz-lafaz inilah yang sering diluahkan oleh pembuli-pembuli yang tidak pernah memikirkan masa depan mereka. Ugutan demi ugutan yang melampaui batas juga selalunya terhambur keluar daripada mulut mereka seperti jika kes ini diketahui umum, pelajar yang disyaki membuat salah akan dipukul lebih teruk daripada kali pertama sehinggalah kepada ugutan-ugutan ingin membunuh pelajar terbabit. Isu yang berkaitan kes pembulian di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat dan telah mencemarkan nama buruk terhadap sekolah terbabit. Sememangnya isu buli ini seolah-olah sudah sebati dan menjadi darah daging kepada setiap pelajar yang berkeinginan untuk melepaskan rasa marah dan geram yang berbuku dalam hati terhadap sesiapa sahaja yang dilihatnya.

Di Malaysia kita boleh menilai sendiri gejala buli yang berlaku dalam sesebuah komuniti sehingga boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih dan meninggal dunia pada 21 Februari 2009. Kes-kes pukul lain seperti kes di Marang, Terengganu yang melibatkan pelajar senior memukul junior dengan menghantukkan kepala ke tiang, serta yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju di mana mangsa telah dipukul dalam bas hanya gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah tersebut. Jika ingin dihimpun satu persatu isu buli atau boleh dikategorikan sebagai gangsterisme ini maka tidak terhitung banyaknya kes yang berlaku pada masa kini.

Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan. Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik, pengurusan kemarahan, skil asertif dan skil perundingan. Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular. Ia harus diberi pendedahan yang awal tentang aspek pendekatan ini supaya isu buli dapat dikurangkan dan masa pelajar yang terluang dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermotivasi.


Walaupun masalah ini dilihat agak sukar untuk diselesaikan oleh sesetengah pihak. Namun, jika semua pihak berganding bahu mendokong penyelesaian masalah ini secara berhikmah, pasti perkara ini dapat diselesaikan. Menurut pendapat atau cadangan daripada Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir telah mencadangkan bahawa masalah yang berlaku terhadap pelajar sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam. Kaedah Islam ini adalah dengan menanam nilai-nilai kerohanian dalam diri semua pelajar seperti dekati pelajar dengan al-Quran, suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya; papan-papan tanda yang memuji Allah SWT, hakikatnya dapat memainkan peranan penting dalam menangani hal yang dapat meruntuhkan nilai moral dalam diri setiap pelajar di sekolah.

Semua pihak sedia maklum bahawa pelajar sekolah pada hari ini, seakan jauh daripada al-Quran. Jika kita membuat kajian ke atas pelajar sekolah kebanyakannya masih terkapai-kapai untuk mengenali huruf-huruf di dalam al-Quran, apatah lagi membacanya. Sewajarnya para ibu bapa mahupun pihak sekolah harus berperanan penting bagi memastikan setiap pelajar diberi pendedahan dalam mendalami ilmu agama terutamanya dalam bacaan al-Quran. Di samping itu, guru-guru disiplin perlu lebih tegas dalam memastikan masalah pembulian ini tidak berleluasa. Cadangan dalam menanamkan nilai-nilai kerohanian seperti terlibat dengan Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah (Badar), merupakan satu langkah bijak. Melalui penglibatan pelajar dalam badan-badan dakwah ini, secara tidak langsung suasana sekolah dan asrama lebih berunsurkan Islam. Sekali gus memberi kesan dalam diri pelajar dan menerapkan nilai-nilai kerohanian dapat berjalan dengan lancar di sekolah dan asrama. Kes-kes pembulian ini perlu diterapkan padah kesannya kepada mereka sejak dari awal persekolahan agar pelajar-pelajar ini tidak melakukan perkara sedemikian.


Firman Allah s.w.t. bermaksud: “makan dan minumlah oleh kamu dari makanan dan minuman yang baik-baik yang aku berikan kepada kamu”…


Berpandukan ayat ini jelaslah bahawa zuriat yang baik lahir dari makanan dan minuman yang baik kerana makanan yang dimakan akan sebati dengan darah daging manusia. Sebahagian dari kanak-kanak kita hari ini sebenarnya lahir dari sumber yang tidak baik. Oleh itu tidak hairanlah apa yang terjadi pada mereka tentunya bersifat jahat, zalim, tiada akhlak dan tiada perikemanusiaan. Keadaan buruk ini ditambah dengan sistem pendidikan yang sekular yang terlalu banyak berpaut pada teori dan amali pendidikan Barat yang kurang diubahsuai dengan tatasusila adat sopan negara ini. Setiap kali kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel kerap merujuk dan mendahului teori manusia kafir sedangkan ajaran Rasulullah s.a.w. dibelakangkan. Maka sentiasalah bermula dengan sistem landasan agama yang benar dengan berpandukan sunnah-sunnah dan ayat-ayat al-Quran.

Kesimpulannya, masyarakat sedia maklum bahawa pelajar merupakan salah satu elemen atau aset penting dalam sesebuah negara malah bakal menjadi seorang pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, pelajar harus bijak dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar terutamanya dalam pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat. Pelajar juga perlu aktif dalam menghadiri atau mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan dalam meningkatkan sahsiah diri bagi mengelak dari menjerumuskan diri ke arah kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan pelajar itu sendiri.

1 comments:

Unknown said...

Did you hear there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will trigger deep feelings of love and impulsive attractiveness to you deep within his heart?

Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, admire and protect you with his entire heart...

12 Words Who Fuel A Man's Desire Response

This instinct is so built-in to a man's brain that it will make him work better than ever before to do his best at looking after your relationship.

As a matter of fact, triggering this powerful instinct is so binding to getting the best possible relationship with your man that the instance you send your man one of the "Secret Signals"...

...You'll immediately notice him open his soul and heart for you in such a way he's never experienced before and he'll distinguish you as the only woman in the universe who has ever truly understood him.