Oleh: SAFRINA HAZLIN HASNI BINTI HASHIM
PENGENALAN
Masalah sosial yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini menunjukkan kemerosotan moral dan betapa teruknya nilai akhlak pemuda pemudi masyarakat kita di
Haruan makan anak.
(sekadar gambar hiasan)
“Datuk ratah cucu!” itulah tajuk utama akhbar Harian Metro yang bertarikh 5 ogos 2010 yang ditulis oleh Alias Abd Rani yang mengklasifikasikannya sebagai “datuk yang bernafsu haiwan” . Tajuk ini sudah cukup untuk membuktikan betapa gejala sumbang mahram ini semakin menjadi-jadi. Dahulu kes sumbang mahram ini selalunya melibatkan hubungan di antara ayah dan anak tetapi kini kes sumbang mahram ini banyak melibatkan hubungan di antara abang dengan adik. Kita sedia maklum bahawa gejala sumbang mahram ini merupakan perkara yang lebih teruk berbanding dengan perhubungan zina biasa. Perkara ini merisaukan kerana kebanyakkan mangsa yang terlibat adalah kanak-kanak perempuan atau gadis di bawah umur yang meningkat remaja. Manakala, pelaku sumbang mahram pula biasanya merupakan lelaki-lelaki yang mempunyai perhubungan yang rapat dengan mangsa. Mereka adalah termasuk bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara, abang ipar dan juga datuk.
Contoh kes sumbang mahram
MAKNA SUMBANG MAHRAM
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku di antara dua orang anggota terdekat dalam sesebuah keluarga, misalnya antara ayah dengan anak perempuan atau abang dengan adik perempuan dan sebagainya. Selain itu, sumbang mahram turut membawa erti perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai pertalian darah atau nasab iaitu keturunan. Contohnya hubungan remaja tersebut dengan ibubapa, adik-beradik, ibubapa saudara, datuk dan lain-lain. Perkataan mahram pula merupakan variasi kepada perkataan muhrim yang bermaksud laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam. Dari segi istilah juga melihat sumbang mahram adalah pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram. Sumbang mahram di
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM
Terdapat pelbagai punca yang mendorong berlakunya gejala sumbang mahram ini. Antaranya ialah keimanan yang lemah dan gagal mengawal nafsu. Mereka gagal mengawal nafsu mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan yang mempunyai sikap suka menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat kaum Adam ini, terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini.
Punca seterusnya ialah tidak mengamalkan kehidupan yang disyariatkan oleh Islam. Pengetahuan agama yang cetek atau kurang penghayatan agama dalam diri individu masyarakat kini juga telah mempengaruhi gejala subang mahram ini. Penerapan ajaran agama Islam dalam diri masyarakat dan dikalangan ahli keluarga perlu dititikberatkan dari masa ke semasa dan perlu diambil tindakan yang serius. Anak-anak perlu dididik mengenai nilai-nilai kehidupan dan agama yang perlu dipatuhi sejak dari kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
Selain itu, pertambahan masalah ini turut disertai oleh perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Lambakkan bahan-bahan lucah turut mempengaruhi pemikiran dan psikologi para remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka dengan mudah memperoleh bahan-bahan ini di internet dan malah ia turut dijual secara meluas di premis-premis perniagaan. Kemudahan internet dan teknologi maklumat juga telah disalah gunakan oleh golongan remaja ini. Bahan lucah yang diperoleh akan dijadikan sumber dan mereka akan
Contoh bahan lucah
(sekadar gambar hiasan)
Punca berikutnya ialah keruntuhan institusi keluarga. Ibu bapa tidak perihatin tentang anak-anak dan tidak mengambil kira dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan bergaul, apa yang mereka lakukan di rumah, sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya. Hal ini kerap melanda pasangan ibu bapa yang sudah berpisah atau bercerai. Mereka tidak mengawal atau memantau anak-anak mereka sama ada di dalam atau di luar rumah kerana fokus utama mereka lebih kepada pekerjaan dan wang ringgit. Kesibukan dalam menjalankan tugas menyebabkan mereka tiada masa untuk pasangan dan anak-anak disamping sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Seterusnya ialah tahap ekonomi keluarga yang rendah. Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai ruang bilik yang cukup akan mempengaruhi perhubungan adik-beradik yang berlainan jantina. Tidak semua keluarga mempunyai taraf kehidupan yang senang, kita sedia maklum bahawa di
KESAN TERHADAP MANGSA SUMBANG MAHRAM.
Mangsa mengalami tekanan perasaan dan emosi.
(sekadar gambar hiasan)
Berikut adalah merupakan antara kesan-kesan yang terpaksa dilalui oleh mangsa sumbang mahram. Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada mangsa tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari, jangkitan penyakit kelamin, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut.
Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa iaitu kurang sesuai dengan umur mereka atau berkelakuan yang terlalu kebudak-budakan, mula ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang kian merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, hilang kepercayaan terhadap orang lain, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal. Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa.
Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, rasa malu dan bersalah sehingga mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN TERHADAP PELAKU SUMBANG MAHRAM.
Suatu masa dahulu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat.
Seksyen 376A mantakrifkan kesalahan sumbang mahram, manakala subseksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan mengukuhkan institusi keluarga dengan meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi segala tindak-tanduk mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti riadah yang sihat bersama-sama.
Menitik beratkan didikan agama dengan memantapkan keimanan dalam diri setiap individu. Mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti dan wajib dilakukan oleh semua umat Islam.
Seterusnya, mengadakan aktiviti khas seperti program ceramah atau kursus khas tentang keibubapaan dan tanggungjawab. Memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.
Langkah yang berikutnya ialah memberikan pendidikan seks yang sewajarnya di sekolah dengan memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita serta cara-cara menjaga diri daripada sebarang gangguan seksual.
Selain itu, penglibatan dan kerjasama dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam usaha menjayakan strategi membendung sumbang mahram. Antaranya seperti rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa.
KESIMPULAN
Gejala sumbang mahram ini bukanlah suatu perkara yang dianggap biasa dalam masyarakat kita, tambahan pula majoriti masyarakat kita beragama Islam yang mana sudah jelas bahawa gejala sumbang mahram ini adalah salah di sisi agama Islam. Oleh yang demikian, semua pihak harus berganding bahu untuk tampil dan bekerjasama memberi sepenuh komitmen untuk membendung dan seterusnya membanteras gejala sumbang mahram ini.
0 comments:
Post a Comment